NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muka lama UMNO tumbang kerana jadi ‘orang Zahid’


BANGI, 25 Rabiulakhir 1444H, Ahad
– Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 tidak begitu mengejutkan apabila beberapa ‘nama besar’ Barisan Nasional (BN) tewas mempertahankan kerusi yang disandang.

Antara yang gagal Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, penyandang kerusi Parlimen Putrajaya bagi empat penggal berturut-turut.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Parlimen Baling juga kecundang, dan Datuk Seri Mahdzir Khalid pula terpaksa akur apabila tewas kepada calon PN bagi kerusi Parlimen Padang Terap.

Mengulas perkara itu, penganalisis politik, Dr Azmi Hasan tidak menolak kemungkinan kekalahan calon-calon UMNO disebabkan masalah dalaman parti itu sendiri.

Jelasnya, masalah dalaman timbul susulan pemilihan calon.

“Ramai mengatakan calon-calon itu adalah ‘orang’ presiden. Dan bagi saya tidak perlu disahkan di sini kerana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah tahu kedudukan beliau.

“Bukan sahaja ramai calon UMNO pilihan beliau tewas, bahkan beliau hampir-hampir tewas di Bagan Datuk yang dikatakan kubu kuat Presiden UMNO itu sendiri,” katanya dalam temubual bersama TV Pertiwi secara langsung, hari ini.

Beliau berkata, perkara ini jelas menunjukkan pengundi Melayu dan Islam telah memilih PAS di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

“Di sinilah kegagalan UMNO dan ia mungkin diterjemahkan dalam pemilihan UMNO yang akan diadakan dalam masa enam bulan. Besar kemungkinan kita akan lihat perubahan pucuk pimpinan di sini,” katanya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo