NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin restu Ronald bertanding di Beluran lawan GRS


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tampil mempertahankan tindakan Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee mempertahankan kerusi Parlimen Beluran selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi laluan kepada calon BN.

Menurutnya GRS sepatutnya tidak mengorbankan kerusi milik Bersatu ketika berunding dengan BN.

"Kenapa anda (GRS) tidak mempertahankan Kiandee? Adakah ia adil? Itu jawapan saya.

"Itu calon saya dan dia naib presiden (Bersatu), dia penyandang. Dia tidak dapat watikat daripada GRS. Apa yang anda buat jika di posisi saya?

"Jadi saya beritahu Kiandee bahawa keputusan kami (PN) ialah dia boleh bertanding menggunakan tiket PN," kata Muhyiddin yang juga presiden Bersatu pada sidang media selepas program ceramah umum PN di Pendang, malam tadi.

Terdahulu Ronald menawarkan diri untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Beluran sekali gus menyebabkan pertembungan dengan calon BN, yang menjalin kerjasama dengan GRS dalam mentadbir Kerajaan Sabah, iaitu bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Benedict Asmat.

Ronald berkata Bersatu masih parti komponen GRS di Sabah, namun di peringkat nasional, Bersatu dan dua parti komponen GRS iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (Star) serta Parti Progresif Sabah (SAPP) adalah komponen PN.

Sementara itu Muhyiddin menegaskan mereka (PN) bahkan boleh sepatutnya boleh meletakkan calon di lima atau enam kerusi lagi di negeri itu tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

Pada PRU 2018, Ronald, yang ketika itu daripada Umno mewakili BN menang dengan majoriti 7,115 undi, namun beliau bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu pada 2019.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo