NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MIC 'boikot' majlis pengumuman calon BN malam ini tak puas hati tawaran kerusi


MIC akan memutuskan secara muktamad pendirian parti itu sama ada untuk menyertai PRU ke-15 atau sebaliknya secara koletif, kata SA Vigneswaran.

Menurut presiden MIC itu, ketetapan parti akan dibuat dalam mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat (CWC) parti terbabit pagi esok.

"MIC akan mengadakan mesyuarat tergempar CWC esok.

"Keputusan sama ada menerima atau menolak kerusi yang ditawarkan atau tidak bertanding pada PRU akan dibuat nanti," katanya.

Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa parti itu sedang mempertimbangkan untuk tidak bertanding pada PRU ke-15.

Sebelum ini, beberapa sumber dari parti itu turut mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa mereka menerima notis berkenaan dan akan menghadiri mesyuarat tersebut pada jam 10 pagi di Kuala Lumpur.

“Saya tidak pasti apa yang berlaku tetapi kami telah diminta untuk menghadiri mesyuarat tergempar esok.

“Kami difahamkan pembahagian kerusi (dalam kalangan komponen BN) tidak berjalan lancar.

“Jadi, parti sedang mempertimbangkan sama ada mahu bertanding atau menarik diri.

"Apa pun, semuanya akan dibincangkan esok," kata sumber itu.

Sementara itu, Vigneswaran juga mengesahkan bahawa pemimpin parti tidak menghadiri ke majlis pengumuman calon BN yang diadakan di Kuala Lumpur, malam ini.

Sebelum ini MIC dijangka bertanding di 10 kerusi parlimen dan tiga kerusi DUN di Perak, selain satu lagi kerusi DUN di Pahang.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo