NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menteri Dalam Negeri Jepun, Minoru Terada letak jawatan (Ingat Zahid Hamidi...)


TOKYO:
Menteri Dalam Negeri Jepun, Minoru Terada meletak jawatan pada Ahad selepas dikaitkan dengan beberapa skandal pendanaan.

Ini merupakan peletakan jawatan menteri ketiga dalam kabinet Perdana Menteru Fumio Kishida dalam tempoh kurang sebulan.

Terada mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Kishida selepas beberapa media tempatan melaporkan Perdana Menteri itu akan memecatnya tidak lama lagi.

Sebelum ini Terada dikaitkan dengan beberapa skandal pendanaan serta mengaku salah satu daripada kumpulan sokongannya telah mengemukakan dokumen yang didakwa ditandatangani individu yang telah meninggal dunia.

Kishida berkata, beliau menerima peletakan jawatan Terada bagi memberi tumpuan kepada perbahasan di Parlimen, termasuk perbincangan mengenai bajet tambahan kedua untuk tahun fiskal berakhir Mac.

Beliau turut berkata beliau ingin meminta maaf selepas tiga menteri kabinet beliau telah meletak jawatan sejak 24 Oktober lalu.

"Saya memikul tanggungjawab yang berat," katanya sambil memaklumkan pengganti Terada bakal diumumkan hari ini.

Media tempatan melaporkan Kishida dijangka mencalonkan bekas Menteri Luar, Takeaki Matsumoto sebagai pengganti.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo