NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MB Kelantan zahir kesyukuran menang besar


KOTA BHARU:
Perikatan Nasional (PN) Kelantan manzahirkan kesyukuran atas kemenangan besar di Kelantan yang dijangka memperoleh kesemua 14 kerusi Parlimen.

Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata kemenangan itu amat bermakna buat mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Walaupun keputusan ini belum rasmi, keputusan terkini memihak kepada PN dan Insya-Allah kita sapu bersih kesemua 14 kerusi Parlimen di Kelantan.

"Apa yang mengejutkan, kita berjaya merampas kerusi Parlimen Gua Musang yang disandang oleh Tengku Razaleigh Hamzah sejak sekian lama.

"Hampir keseluruhan kerusi Parlimen kita mencatatkan kemenangan dengan majoriti yang besar," katanya pada sidang media di sini, malam ini.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan turut berterima kasih kepada semua penyokong PN termasuk pengundi luar.

"Di kesempatan ini saya memohon dan menyeru penyokong supaya menyambut kemenangan dengan penuh syukur dan tidak membangkitkansuasana yang tidak harmoni," katanya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo