NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majikan digesa bayar gaji awal supaya pekerja boleh pulang mengundi

PETALING JAYA: Majikan digesa membayar gaji pekerja lebih awal supaya mereka boleh pulang ke kampung untuk mengundi pada 19 Nov ini.

Bekas Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran berkata, sebahagian pengundi terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk pulang mengundi, tetapi bukan semua ada wang mencukupi berbuat demikian jika tidak menerima gaji lebih awal.

“Saya faham bukan semua syarikat mampu berbuat demikian, tetapi saya merayu anda mencuba demi nasib negara bagi lima tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Bekas menteri sumber manusia itu berkata, membayar gaji pekerja sebelum hari pengundian akan membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat negara ini.

Tambahnya, majikan juga boleh mengambil inisiatif dengan membenarkan pekerja yang perlu keluar dari Lembah Klang pulang awal pada 18 Nov ini bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Satu lagi pilihan, katanya, ialah membenarkan pekerja bekerja dari rumah pada 18 Nov ini supaya mereka boleh segera pulang ke kampung selepas habis waktu kerja.

Terdahulu, Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kakitangan awam mungkin diberi cuti khas dan bayaran gaji awal untuk memudahkan mereka pulang ke kampung mengundi.

“Kita kaji kemudahan kepada pengundi dari mula bubar Parlimen dan sudah bincang perkara itu cuma masa, insya Allah ada pengumuman, mungkin banyak lagi,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo