NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lima penyokong BN ditahan pukul penghulu di Kubang Kerian


Polis menahan lima lelaki semalam (14 November 2022) susulan kes memukul seorang penghulu Mukim Kenali, Kubang Kerian kerana tidak berpuas hati dengan rakaman video yang diambil mangsa.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kelima-lima lelaki berusia antara 30-an dan 50-an itu ditahan jam 5 pagi semalam selepas mangsa yang berusia 55 tahun membuat laporan polis.

Katanya, sebelum itu, ketika mangsa berada di bilik gerakan pusat mengundi di hadapan kedai runcit Jalan Pasir Puteh- Kubang Kerian di Mulong, pada jam 12.30 tengah malam semalam, sekumpulan lelaki memegang bendera dan mangsa membuat rakaman video dengan menggunakan telefon bimbit.

“Disebabkan tidak berpuas hati dengan rakaman video itu, sekumpulan lelaki turun dan berlaku perang mulut sebelum mangsa dipukul menyebabkan lelaki itu cedera di bahagian mata dan sakit belakang.

“Mangsa kemudian mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, hari ini (15 November 2022).

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Katanya, kesemua mereka direman selama dua hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar di aplikasi WhatsApp yang mendakwa seorang penghulu di Kubang Kerian dipukul oleh beberapa lelaki dipercayai berpunca daripada perasaan tidak berpuas hati susulan mangsa membuat rakaman disyaki ketika mereka mencabut bendera parti.

Menurut penduduk penghulu daripada PAS menegur kumpulan lelaki terbabit yang mencabur bendera parti itu kira-kira jam 3 pagi.

“Penghulu mengenali mereka yang tinggal di kampung sama terus merakam dan menegur perbuatan mereka yang dipercayai penyokong BN.

“Mereka memaksa penghulu menghentikan rakaman. Bila rakaman dimatikan mereka bertindak memukul penghulu,” kata penduduk.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo