NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kita munajat, tak makan popcorn - sindir Peja kepada Anwar


KUALA LUMPUR:
Suasana di luar perkarangan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal pagi Khamis diceriakan dengan kenyataan bersahaja Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu apabila ditanya mengenai perkembangan situasi politik parti itu.

Dengan memandu sendiri bersama isteri ke kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, Ahmad Faizal memberhentikan keretanya dan berseloroh dengan meminta pihak media menanyakan kepada Datuk Seri Anwar di mana beliau menonton wayang semalam.

“Tanyalah Anwar. Semalam dia tengok wayang cerita apa? Seronok tak?,” katanya di luar kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis.

Astro AWANI sekali lagi menanyakan Ahmad Faizal sama ada beliau juga mahu memberikan 'popcorn' kepada media pada hari ini, dan ini jawapannya:

“Saya tak tengok wayang. Kita munajat tak makan popcorn,” ujarnya berseloroh.

Beliau kemudian memasuki ke kediaman Muhyiddin.

Semalam, Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berseloroh mahu tengok wayang sambil memberi popcorn kepada kumpulan media yang menanti sejak pagi di hadapan pejabatnya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Anwar menang besar di Parlimen Tambun dengan memperoleh 49,625 undi dan majoriti sebanyak 3,736 undi.

Beliau mengalahkan Ahmad Faizal selaku penyandang kerusi yang memperolehi 45,889 undi sementara calon BN, Datuk Aminuddin Md Hanafiah mendapat undian sebanyak 28,140 dan calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir sebanyak 1,115 undi.







Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo