NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama lepas PRU15 keputusan parti, bukan individu - Ismail Sabri


Keputusan untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak jika Barisan Nasional (BN) gagal membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 adalah keputusan parti bukannya individu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri. 

Naib Presiden Umno itu berkata ia termasuk kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

"Keputusan besar seperti ini parti kena tentukan, bukan individu... 

"Nak dengan PKR, PN (Perikatan Nasional) ke atau PH (Pakatan Harapan), parti kena tentukan," katanya kepada media selepas sesi ramah mesra bersama penduduk di Durian Tunggal hari ini.

Ditanya mengenai cuti umum khas pada 18 Nov dan gaji awal untuk penjawat awam pada 17 Nov seperti yang tular di media sosial, Ismail Sabri berkata perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Hari ini dalam media dah ada bayangan, tunggulah saya umumkan nanti," katanya selepas tinjauan mesra di Pasar Malam Pekan Durian Tunggal di Alor Gajah.

Turut hadir calon BN bagi kerusi Parlimen Alor Gajah iaitu Shahril Sufian Hamdan, yang juga Ketua Penerangan Umno, dan Menteri Besar Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Bernama



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo