KUANTAN: Buat pertama kali dalam sejarah, tiada parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri di Pahang, sekali gus mewujudkan situasi 'tergantung' setakat jam 1.45 pagi tadi.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi di 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan, Perikatan Nasional (PN) menang 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) memperoleh 16 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) lapan kerusi.
Kerusi DUN Tioman ditangguhkan susulan kematian calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli yang meninggal dunia jam 3.30 pagi semalam ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.
Mana-mana parti perlu menang 21 kerusi DUN untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi itu juga, kemungkinan pembentukan kerajaan campuran sama ada gabungan BN dan PN atau gabungan PN dan PH atau BN dan PH.
Mengikut keputusan tidak rasmi, antara kerusi DUN yang dimenangi BN ialah Jelai, Padang Tengku, Benta, Batu Talam, Dong, Inderapura, , Peramu Jaya, Bebar dan Chini, Jenderak, Kerdau, Sabai, Pelangai, Guai, Kemayan, Bukit Ibam dan Muadzam Shah.
Antara kerusi DUN yang dimenangi PN ialah Cheka, Tahan, Damak, Pulau Tawar, Beserah, Semambu, Tanjung Lumpur dan Panching, Luit, Kuala Sentul, Chenor, Jengka, Lanchang Sungai Lembing, Lepar, Panching dan Kuala Semantan.
Gabungan PH pula menguasai tujuh kerusi masing-masing di Tanah Rata, Tras, Teruntum, Pulau Manis, Mentakab, Bilut, Ketari dan Triang.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment