NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa Khalid tidak selesaikan isu Kampung Baru, kata Johari


PETALING JAYA:
Bekas menteri wilayah persekutuan Khalid Samad dipersoal kerana tidak menyelesaikan isu pemilikan tanah di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, semasa beliau memegang jawatan berkenaan.

Calon Barisan Nasional (BN) Titiwangsa, Johari Abdul Ghani berkata, Khalid yang juga pesaingnya untuk kerusi itu, telah cuba untuk menyalahkan orang lain walaupun mempunyai cara untuk melakukan sesuatu dalam tempoh 22 bulan ketika memegang jawatan berkenaan.

Khalid membidas Johari, yang didakwa tidak mempertahankan hak penduduk Kampung Baru, sebuah penempatan Melayu di tengah-tengah Kuala Lumpur yang tanahnya telah dirampas di bawah Akta Pengambilan Tanah.

“Bukannya saya tidak membela penduduk (seperti yang didakwa Khalid) tetapi saya tidak mempunyai kapasiti untuk berbuat demikian kerana saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa ketika itu,” katanya menurut laporan New Straits Times.

Johari berkata, jika setakat cakap beliau juga bercakap apa sahaja sama seperti dilakukan Khalid.

“Tetapi beliau adalah menteri wilayah persekutuan selama 22 bulan dan beliau juga seorang Ahli Parlimen ketika itu. Mengapa dia tidak cuba menyelesaikan perkara ini jika dia merasakan syarat pemaju tidak adil kepada penduduk?”

Johari berkata Khalid tidak seharusnya menyalahkan mereka yang bukan sebahagian daripada kerajaan mahupun Ahli Parlimen pada 2018 dan 2019.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan projek pembangunan semula itu apabila ia dibentangkan kepada beliau ketika menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa sebelum pilihan raya umum 2018.

Isu itu timbul semula selepas pilihan raya umum dan 89% penduduk bersetuju dengan projek itu manakala hanya 11% membantah.

Mereka yang bersetuju dengan pembangunan semula dilaporkan diberi rumah sementara dan berjanji bahawa mereka akan dapat kembali ke tapak itu dalam tempoh lima tahun, walaupun terdapat kelewatan.

Johari berkata sudah hampir lima tahun penduduk berpindah.

“Saya cuma takut mereka akan berdepan dengan nasib yang sama seperti penduduk Flat Pekeliling yang sudah 14 tahun menunggu rumah mereka disiapkan. Saya mahu selesaikan perkara ini sekiranya saya diberi mandat sebagai Ahli Parlimen,” katanya lagi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo