NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemuka nama calon PM sebelum 2 petang esok, kata Istana Negara


KETUA parti dan gabungan politik mesti memaklumkan Speaker Dewan Rakyat jika mereka memperoleh majoriti di Parlimen dan menyerahkan pilihan calon perdana menteri kepada istana sebelum 2 petang esok, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin.

“Menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pihak istana meminta kerjasama Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun memohon ketua parti dan gabungan politik untuk berunding sesama sendiri dan membentuk majoriti.

“Ia mesti diserahkan sebelum jam 2 petang Isnin,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan istana itu dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong menerima mengadap pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Ghani Salleh yang memaklumkan kepada Baginda tiada gabungan yang berjaya membentuk kerajaan.

Pada PRU15, parti komponen BN juga kehilangan ramai pemimpin berwibawa yang dijatuhkan dalam pilihan raya.

Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi, manakala ahli gabungannya DAP Sarawak memperoleh lima kerusi dan Muda satu, dengan jumlah keseluruhan 82 kerusi.

Perikatan Nasional (PN) dan PAS masing-masing memenangi 51 dan 22 kerusi, dengan jumlah gabungan 73 kerusi.

BN memenangi 30, Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (6), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1) dan dua calon Bebas. – 20 November, 2022.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo