NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kadar subsidi telur ayam naik dua sen berkuat kuasa hari ini - Annuar


KOTA BHARU, 1 Nov (Bernama) -- Kerajaan bersetuju menaikkan kadar subsidi bagi telur ayam gred A, B, dan C sebanyak dua sen berkuat kuasa hari ini, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata berikutan itu, kadar subsidi telur ayam di peringkat ladang berubah daripada lapan sen sebiji kepada 10 sen sebiji supaya harga kawalan runcit kekal bagi telur gred A, B, dan C.

Beliau berkata setakat September tahun ini, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM1.2 bilion untuk subsidi ayam dan telur ayam bagi mengawal harga bahan mentah berkenaan kepada pengguna.


"Dengan peningkatan subsidi yang diputuskan, dianggarkan subsidi ayam dan telur ayam untuk tempoh Oktober hingga Disember tahun ini ialah kira-kira RM600 juta," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Beliau berkata subsidi tambahan ini dijangka memberi manfaat kepada 338 ladang ayam ternakan bagi memastikan bekalan telur di pasaran lebih konsisten dan stabil.

"Kos pengeluaran ayam dipercayai telah meningkat selaras dengan kenaikan kos input semasa selain kawalan harga yang berpanjangan menjadi faktor gangguan pasaran serta bekalan di peringkat pengeluaran.


"Oleh itu, jumlah subsidi sebanyak RM1.136 bilion telah diluluskan hingga 31 Okt lepas dengan melibatkan seramai 13,440 permohonan subsidi ayam dan telur ayam," katanya.

-- BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo