NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan hanya pandai ‘wayang’ di media sosial, pengundi Muar ingatkan calon

Pengundi di Parlimen Muar juga berharap wakil rakyat yang dipilih dapat membantu meningkatkan peluang pekerjaan di kawasan itu.

MUAR: Beberapa pengundi di Parit Jawa, Muar menasihatkan mana-mana pemimpin politik yang bertanding di Parlimen tersebut pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini supaya menghentikan sikap retorik dan tidak bermain ‘wayang’ di media sosial.

Tanpa menamakan nama mana-mana pemimpin, seorang pengundi, Saiful Mohd, 36, berkata rakyat di sini mahukan Ahli Parlimen yang mampu melaksanakan tugas dan bukan hanya pandai bercakap.

“Bukannya datang ke mana-mana kampung di Muar, tunjuk kesusahan rakyat di sini, tetapi sebaliknya, tidak semak latar belakang sama ada penduduk itu benar-benar susah atau tidak.

“Sebab bila kamu bermain ‘wayang’, tunjuk pondok, bukan rumah penduduk yang susah, orang kampung marah dan menyusahkan ketua-ketua kampung di Muar,” katanya.

Tambah Saiful lagi, rakyat di Muar sudah bijak menilai mana pemimpin yang betul-betul turun padang menjenguk pengundi mereka dan bukan hanya muncul apabila tiba pada musim pilihan raya sahaja.

Sementara itu, seorang lagi pengundi, Shahrul Neeza Khalil, 43, berkata dia berharap agar peluang pekerjaan dapat diwujudkan di Muar jika mahu rakyat di sini bekerja di luar pulang ke kampung halaman.

Katanya, jika tidak, ia hanya membuang masa penduduk di daerah ini.

“Jangan hanya pandai retorik di Facebook dan Tik Tok sahaja. Semua orang pandai bercakap tetapi apa tindakannya?” soalnya sambil memberitahu, peluang calon bertanding di Parlimen Muar 50-50.

Parlimen Muar menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon BN, Mohd Helmy Abd Latif, ditentang penyandang kerusi tersebut, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada Muda dan Abdullah Husin mewakili Perikatan Nasional (PN).


Sumber I FMT Malaysia 





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo