NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu perbelanjaan kerajaan: Anwar tolak sumpah Muhyiddin


SUNGAI BULOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu tata kelola membabitkan wang kerajaan tidak boleh diselesaikan menerusi sumpah. 

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata sebaliknya ia perlu diselesaikan melalui siasatan.

Justeru, beliau berkata tindakan bersumpaholeh Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu perbelanjaan kerajaan ketika menjadi Perdana Menteri sewaktu negara dilanda pendemik COVID-19 adalah tidak mencukupi.

"Hari ini Muhyiddin kata dia sumpah tidak ambil duit kerajaan…Muhyiddin…soal negara, tata kelola, pentadbiran sumpah tidak makan (boleh), kena siasat berapa harta kamu ada.

"Ini senang, semua sikit-sikit sumpah. Mana boleh...," katanya ketika berucap di Program Ramah Mesra bersama pengundi di Subang Perdana dekat sini hari ini.

Turut hadir, bekas Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa dan calon PH bagi kerusi itu, Datuk R Ramanan.

Awal hari ini, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, dalam satu ceramah dilaporkan berkata PH akan menjalankan siasatan terhadap Muhyiddin berhubung perbelanjaan kerajaan sebanyak RM500 bilion ketika pandemik COVID-19, dua tahun lalu jika gabungan itu membentuk kerajaan selepas PRU15.

Memberi reaksi kepada kenyataan Adli itu, Muhyiddin hari ini, bersumpah dengan nama Allah bahawa tidak ada satu sen wang kerajaan disalahgunakan ketika pentadbirannya.

"Wallahi, saya boleh bersumpah satu sen pun tak ada duit kerajaan yang saya belanjakan kecuali untuk rakyat," kata Muhyiddin sambil menyifatkan dakwaan itu hanya bahan kempen pilihan raya PH.

Muhyiddin yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Pagoh, berkata setiap wang yang dibelanjakan adalah mengikut peraturan kewangan ditetapkan dan mahu Adly melaporkan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ada bukti.


Sumber I BH Online







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo