NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ismail Sabri menang bergaya di Parlimen Bera


KUANTAN:
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bera dengan majoriti 16,695 undi.

Beliau menewaskan saingannya Abas Awang dari Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Asmawi Harun dari Perikatan Nasional (PN).

Ismail Sabri memperoleh 31,762 undi meninggalkan pencabarnya Abas Awang yang meraih 15,067 undi dan Datuk Asmawi Harun dengan 12,719 undi.

Parlimen itu menyaksikan peratusan pengundian sebanyak 77.90 peratus bersamaan 60,507 undi, bagaimanapun sebanyak 814 kertas undi ditolak.

Dalam PRU14 lalu, Ismail Sabri memenangi kerusi terbabit dengan majoriti 2,311 menewaskan pencabarnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo