NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GRS sertai Kerajaan Perpaduan, Anwar dakwa miliki dua pertiga sokongan


PUTRAJAYA:
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah menyatakan kesediaan untuk bersama-sama Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri ketika sidang media selepas memasuki pejabatnya pagi ini, berkata beliau dimaklumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, bahawa GRS secara rasmi menyertai Kerajaan Perpaduan.

"Ada satu hal yang berkaitan mengenai kedudukan Kerajaan Perpaduan ini. Hajiji menyatakan bahawa GRS secara rasmi akan menyertai.

"Ini bermakna kekuatan induk kita termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan GRS, bermakna kita sudah ada 'hour' atau sudah mencapai dua pertiga Ahli Parlimen yang akan mengukuhkan kestabilan politik negara," katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di Medan Selera Presint 8, di sini, Anwar berkata, Hajiji menghubunginya semalam untuk memaklumkan mengenai perkara itu.







........
Komen: Tunggu 6 bulan aje... lihat apa akan berlaku




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo