NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP senyap, tetapi pencatur sebenar PH


BAGAI SERAI
: Jika gelombang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah untuk menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, gelombang dalam PRU15 pula adalah untuk menolak Pakatan Harapan (PH) yang tonggak sebenarnya ialah DAP.

Senator Datuk Idris Ahmad berkata, rakyat tidak lagi mempercayai PH kerana pengalaman 22 bulan berada di bawah kerajaan PH.

Beliau yang bertanding di Parlimen Bagan Serai berkata, DAP ialah tonggak sebenar kepada PH, tetapi parti itu cerdik berpolitik.

Menurutnya, rakyat tidak mendengar pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua, bercakap yang hebat-hebat dan sebaliknya hanya diam dan membiarkan orang Melayu bergaduh sesama sendiri.

“Kawasan yang mereka tandingi di Perak dianggap sebagai kerusi putih. Tidak buat apa pun tidak apa. Pergi isi borang, lena (tidur) pun boleh menang. Kerusi putih seperti Ipoh Barat dan Ipoh Timur, tempat dia (DAP) mempunyai majoriti.

“Sebab itu dia (DAP) tidak kisah, biarlah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim menjerit, hang nak jadi PM (Perdana Menteri)…yang penting esok bila menang, kami (DAP) kawal. Siapa naik pun tidak apa,” katanya berceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jalan Baharu di sini. Turut hadir bekas Ahli Parlimen Bagan Serai, Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali.

Idris yang juga Naib Presiden PAS berkata, tidak dapat dibayangkan di Parlimen Jerai, Kedah, baru-baru ini, DAP boleh meletakkan calon parti itu walaupun orang Melayu, sehinggakan Pengerusi Amanah Kedah dipecat kerana membantah keputusan PH meletakkan calon DAP di situ.

“Powernya kita tengok, sebab itu tuan-tuan kami ada pengalaman bersama DAP. Saya tanya Tok Mie (Noor Azmi), Tok Mie tiada pengalaman, Umno tiada pengalaman, orang lain tiada pengalaman dengan DAP, tetapi PAS ada pengalaman dengan DAP.

“Kalau kami (PAS) hendak kira (memenangi) kerusi, hendak pergi ke Putrajaya, kami tidak keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dulu. Lebih baik kami duduk bersama PR, tetapi kita membuat keputusan keluar walaupun tahu akan kehilangan undi. Tidak mengapa. Biar kita kalah tetapi berprinsip, ada maruah,” katanya.

Beliau berkata, rakyat tahu bahawa tonggak kepada PH ialah DAP, tetapi hari ini seolah-olah DAP seperti tiada di Semenanjung, tetapi tunggu selepas keputusan PRU15, parti itu yang akan membuat percaturan untuk PH.

Katanya, rakyat sudah melalui 22 bulan untuk mengenali PH dan 60 tahun pula mengetahui cara Umno memerintah.

“Kita tidak menafikan dan tidak boleh menolak bahawa ada jasa yang Umno buat, tetapi kepada kita ialah perlu untuk menggantikan Umno dan BN untuk membawa kepada yang lebih baik.

“Bukan kata bahawa kita sempurna, yang sempurna ialah Allah SWT sahaja, yang maksum ialah nabi sahaja, tapi kita cuba buat yang terbaik untuk rakyat,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/11/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo