NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dah Lama Pasang Niat Berhijab, Nad Zainal Yakin Imej Baru Tak Ganggu Karier Seni


Sejak kebelakangan ini perkongsian pelakon Nad Zainal menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya  tampil berhijab menerima pujian.

Memetik mStar Online, Nad berkata dia sedang belajar menutup aurat dengan sempurna serta meminta untuk mendoakan yang baik-baik untuk perubahannya itu.

“Saya sebenarnya tidak mahu bercerita tentang penampilan terbaharu ini. Saya minta maaf. Cuma saya ingin anda semua doakan yang terbaik kerana saya juga masih belajar,” katanya.

Enggan mengulas lanjut mengenai perubahannya itu, Nad berkata dia masih mempunyai baki dua tuntutan kerja yang memerlukannya untuk tidak bertudung.

“Saya masih ada dua tugas yang memerlukan saya tidak berhijab kerana telah dipersetujui sebelum ini. Ia merupakan projek drama bersiri dan sebuah filem,” katanya.

Dalam pada itu, Nad berkata dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijab sejak dua tahun lalu dan imej tersebut bukan penghalang untuknya meneruskan karier sebagai seorang pelakon.

“Keinginan untuk berhijab mula timbul sejak dua tahun yang lalu. Bagi saya, tidak ada masalah sekiranya saya berhijab.

“Saya percaya kepada rezeki, tambah pula kalau kita lihat ramai sahaja pelakon berhijab yang masih mampu membawakan pelbagai watak contohnya seperti Noorkhiriah,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo