NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cita-cita calon muda PN mahu jadi ‘giant killer’ di Simpang Renggam


SIMPANG RENGGAM:
Seperti harimau sembunyi kuku atau angan-angan Mat Jenin? Hari pengundian 19 Nov nanti bakal menentukan apakah calon muda Perikatan Nasional, Mohd Fazrul Kamal, akan berjaya dalam misi menewaskan dua lawannya yang jauh lebih terkenal.

Fazrul, 36, percaya latar belakangnya sebagai orang tempatan akan jadi kelebihan beliau berdepan calon Barisan Nasional, Hasni Mohammad – bekas menteri besar Johor – dan calon Pakatan Harapan, Maszlee Malik – bekas menteri pendidikan – di Parlimen Simpang Renggam.

“Kita semenjak 1955 tak pernah ada lagi anak tempatan yang jadi calon kepada Simpang Renggam. Saya pertama,” katanya dalam temubual FMT.

“Saya nak jadi ‘giant killer’. Kelebihan saya anak tempatan…mereka berdua calon daripada luar.”

Fazrul berkata selepas lapan hari berkempen, beliau semakin percaya dia berpotensi menyinggung pesaingnya apabila undi dikira nanti.

Beliau bersetuju dengan kajian Merdeka Center baru-beru ini, yang melaporkan sokongan pengundi Melayu memihak kepada PN iaitu sebanyak 35%.

Selain itu, rata-rata pengundi Simpang Renggam juga mahu anak tempatan mewakili suara mereka di Dewan Rakyat, katanya.

“Mereka mendambakan seorang pemimpin yang boleh mewakili mereka di Simpang Renggam,” katanya, dan menambah kempen beliau menekankan isu pendidikan dan kemahiran untuk anak-anak muda bagi mengangkat taraf hidup keluarga.

“Anak muda banyak yang terkesan sebab ada yang tidak memiliki pekerjaan,” katanya.

Pada PRU14, bekas penyandang, Maszlee memenangi Simpang Renggam dengan kelebihan 3,475 undi, menewaskan calon Barisan Nasional dan PAS.

Pada PRU kali ini, Fazrul, Hasni, Maszlee, dan seorang calon Gerakan Tanah Air, Kamal Kusmin, bersaing dalam pertandingan empat penjuru.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo