NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukan Islam nikmati perpaduan, kestabilan di bawah pentadbiran PAS - Hadi


PORT DICKSON:
Perpaduan dan kestabilan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang dinikmati, terutama di negeri yang berada di bawah pentadbiran PAS ketika ini membuktikan parti itu tidak mengabaikan kaum lain.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata justeru masyarakat bukan Islam seharusnya tidak berasa takut sekiranya negara pada masa akan datang terus ditadbir oleh pemimpin Islam.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, ini kerana Islam seperti yang dibawa PAS mengajar adab supaya menyantuni dan menjaga hubungan kemanusiaan bagi mengelak pelbagai permasalahan timbul.

"Negeri yang kita perintah, Kelantan, Terengganu dan Kedah, tidak ada salah laku masa PN memerintah. Kestabilan dan perpaduan juga wujud dengan baik, ini nyata, keluarga Cina dan India boleh hidup di kampung orang Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena siri jelajahnya ke Negeri Sembilan yang turut dihadiri Penasihat PN negeri, Tan Sri Dr Rais Yatim di sini, malam tadi. - BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo