NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

AS larang import peralatan telekomunikasi Huawei, ZTE atas risiko keselamatan



WASHINGTON:
Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengumumkan larangan import atau penjualan peralatan komunikasi yang dianggap 'berisiko terhadap keselamatan negara' termasuk peralatan daripada gergasi China, Huawei Technologies dan ZTE.

Kedua-dua firma itu berada dalam senarai syarikat yang disenaraikan sebagai ancaman oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) dan peraturan baharu menghalang kebenaran kemasukan peralatan mereka.

Langkah itu adalah yang terbaharu dalam siri tindakan untuk mengehadkan akses firma telekomunikasi China dalam rangkaian AS dan berlaku di tengah-tengah kebuntuan yang berpanjangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Sebelum ini AS sudah berwaspada sejak beberapa tahun kebelakangan ini terhadap syarikat telekomunikasi dan teknologi China.

"FCC komited untuk melindungi keselamatan negara kita dengan memastikan peralatan komunikasi yang tidak boleh dipercayai tidak dibenarkan untuk digunakan dalam sempadan kita," kata Pengerusi FCC, Jessica Rosenworcel dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, peraturan baharu itu adalah sebahagian daripada kerja berterusan untuk mengawal ancaman keselamatan.

Perintah itu juga memberi kesan kepada syarikat termasuk firma peralatan pengawasan video Hangzhou Hikvision dan Dahua Technology.

FCC berkata, ia juga sedang mendapatkan ulasan mengenai tindakan masa depan yang berkaitan dengan kebenaran sedia ada.

Sebelum ini, Washington melarang Huawei daripada membekalkan sistem kerajaan AS dan sangat tidak menggalakkan penggunaan peralatannya di sektor swasta, dengan kebimbangan bahawa peralatan Huawei boleh dikompromi oleh perisikan China.

Pada 2019, ia meletakkan Huawei dalam senarai hitam perdagangan yang menghalang pembekal AS daripada menjalankan perniagaan dengannya, sekaligus menghalang jenama telefon pintar terkemuka itu daripada sistem pengendalian mudah alih Android Google.

Alasan AS ialah bimbang mengenai keselamatan negara, maka perlu menyekat operasi tiga syarikat pengendali perkhidmatan mudah alih milik kerajaan China itu. - AFP






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo