NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anggota perkhidmatan awam terus sempurna tugas demi rakyat, negara - Mohd Zuki

Mohd Zuki berkata anggota perkhidmatan awam sentiasa bersiap sedia dan berpegang teguh kepada prinsip dan ikrar perkhidmatan awam demi rakyat serta negara. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Anggota perkhidmatan awam memberi jaminan akan terus menyempurnakan tugas diamanahkan dengan penuh dedikasi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan tidak terjejas kepada rakyat dan pemegang taruh pada pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata ia juga bagi menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan pembentukan kerajaan selepas pilihan raya umum itu.
"Anggota perkhidmatan awam terus komited mendukung konsep berkecuali dan kerajaan hari ini berlandaskan kedaulatan undang-undang," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Mohd Zuki juga berkata anggota perkhidmatan awam sentiasa bersiap sedia dan berpegang teguh kepada prinsip dan ikrar perkhidmatan awam demi rakyat serta negara.
PRU15 semalam menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional (73), manakala Barisan Nasional (30).
Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan adalah 112 kerusi.
-- BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo