NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amazon sahkan pemberhentian 10,000 kakitangan


NEW YORK: Amazon mengesahkan pada Rabu ia telah memulakan proses pemberhentian kira-kira 10,000 pekerja di bahagian korporat dan teknologi bermula minggu ini.
Memetik laporan The New York Times, walau bagaimanapun, bilangan pekerja yang terjejas mungkin berubah tetapi jika disahkan, ia akan menjadi pemberhentian kakitangan terbesar dalam sejarah syarikat berusia 28 tahun itu.
Sejak beberapa hari lepas, media memetik sumber dalaman yang memaklumkan bahawa Amazon akan memberhentikan ribuan pekerja.
Ia menyusul selepas pengambilan pekerja secara agresif oleh syarikat diasaskan Jeff Bezos itu sejak pandemik COVID-19 melanda.
Ketika pandemik, orang ramai mula beralih membeli-belah dalam talian, sekali gus memaksa Amazon menambah pekerja pada suku pertama 2020 kepada 1.62 juta pekerja dua tahun kemudian.
Namun begitu, apabila keadaan ekonomi mulai merosot, Amazon mengumumkan pembekuan pengambilan pekerja dan tenaga kerjanya sudah berkurangan berbanding awal tahun ini.
Amazon ialah syarikat terbaharu yang menyertai barisan syarikat teknologi yang mengumumkan pemberhentian pekerja secara besar-besaran beberapa minggu kebelakangan ini.
Sepanjang tahun ini, saham Amazon telah jatuh lebih 40 peratus di tengah-tengah kemerosotan pasaran yang lebih luas.
Kenyataan oleh Amazon itu mengesahkan khabar angin sejak beberapa hari lalu di mana beberapa 'bekas pekerja Amazon' membuat kenyataan di LinkedIn bahawa mereka sedang mencari kerja setelah diberhentikan.
Difahamkan rata-rata mereka berada dalam pasukan yang terlibat dengan sistem pembantu suara Amazon, Alexa.
Selain Amazon, syarikat induk Facebook, Meta pada minggu lalu mengumumkan pemberhentian 11,000 pekerja iaitu kira-kira 13 peratus daripada tenaga kerjanya.

Sumber | Astro Awani 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo