NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli PKR Kemaman keluar parti


KEMAMAN:
Seramai 600 ahli (Boleh percaya atau Mat Said Kencing) dan penyokong PKR Cabang Kemaman (BODOH UTUSAN, PENYOKONG MANA KELUAR PARTI AHLI AJE KELUAR PARTI) yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO, hari ini.

Bekas Timbalan Cabang Kemaman, Laidin Rahim berkata, keputusan tersebut dibuat atas kerelaan sendiri selepas melihat reformasi yang selama ini diperjuang parti itu telah berakhir.

“Selepas lebih 20 tahun berjuang dengan PKR, namun saya perlu lupakan parti itu dan lakukan perubahan.

“Mesej kami jelas, kami mahu bantu menangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan kami akan cuba tarik pengundi atas pagar menyokong BN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad berkata, perkembangan tersebut memberi gambaran positif kepada BN negeri untuk memenangi kerusi pada PRU15.

“Saya mengalu-alukan kehadiran mereka bagi memastikan misi dan visi kita khususnya untuk menawan kembali Parlimen ini yang sebelum ini merupakan antara benteng terkuat BN di negeri ini.

“Mereka juga sedar perjuangan mereka bersama PKR selama ini sia-sia dan hanya diperguna kepimpinan parti itu yang akhirnya tidak mampu menunaikan tanggungjawab mereka sebagaimana manifesto masing-masing,” katanya. – UTUSAN



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo