NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Abdul Hadi menang bergaya di Parlimen Marang majoriti 41,729 undi


MARANG:
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Abdul Hadi mencatat kemenangan empat penggal berturut-turut di kerusi Parlimen Marang sejak PRU12.

Beliau mendapat sebanyak 73,115 undi untuk mengetepikan tiga calon pencabarnya dengan bergaya pada PRU15.

Kemenangan Timbalan Pengerusi PN itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya Parlimen Marang, Lizan Che Mat di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Majlis Daerah Marang di sini, malam ini.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman menerima  31,386 undi, calon Pakatan Harapan (PH), Azhar Ab. Shukur (4,140 undi) dan calon Pejuang, Dr. Zarawi  Sulong (427 undi).

Pada PRU14, Abdul Hadi menang dengan majoriti besar 21,749 undi.- UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo