GAZA, 18 Nov (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 21 rakyat Palestin termasuk tujuh kanak-kanak terbunuh manakala lebih 30 lagi cedera dalam kebakaran membabitkan bangunan kediaman di Jabaliadi di Tal-Za'tar, utara Semenanjung Gaza pada Khamis, lapor Xinhua memetik sumber keselamatan dan perubatan.
Angka korban dijangka meningkat memandangkan beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal, kata pengarah sebuah hospital, Salah Abu Laila.
Menurut saksi kejadian, anggota pertahanan awam bertungkus lumus untuk mengawal kebakaran.
Kenyataan Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, siasatan awal mendapati sejumlah besar bahan api yang disimpan di dalam bangunan itu mungkin menjadi punca kebakaran.
-- BERNAMA
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment