NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid bertemu 40 ADUN Johor malam ini

Kenderaan membawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memasuki pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar Johor kira-kira jam 8.15 malam. - Foto NSTP/Farid No

JOHOR BAHRU: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan tertutup bersama 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor, malam ini.

Pertemuan itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Saujana bermula jam 9 malam ini.

Kenderaan rasmi Ahmad Zahid dilihat memasuki pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar kira-kira jam 8.15 malam.

Difahamkan kesemua pemimpin utama UMNO Johor selain 40 ADUN sudah berada di kediaman rasmi sejak jam 8 malam tadi. 

Turut dijadualkan hadir ke pertemuan tertutup itu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian dan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad. 

Menurut sumber UMNO Johor, agenda utama pertemuan tertutup itu adalah untuk membincangkan pembahagian tugas jentera negeri bagi berhadapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. 

"Presiden juga dijangka mengingatkan kesemua 40 ADUN yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya tidak selesa dan terus meningkatkan perkhidmatan.

"Ia berikutan PRU15 adalah padang permainan yang lebih besar dengan segala isu tidak dijangka akan menjadi peluru berbahaya," katanya ketika dihubungi.


Sumber I BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo