NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Windows 11 Kini Boleh Menghidupkan Hotspot Peranti Samsung


Samsung dan Microsoft kerap bekerjasama untuk memastikan peranti masing-masing boleh digunakan secara bersama untuk pengalaman penggunaan yang baik walaupun berada dalam ekosistem berbeza. Misalnya, sehingga hari ini hanya peranti Samsung sahaja boleh menggunakan Phone Link untuk menggunakan aplikasi Android pada Windows.

Terkini, Windows 11 sudah boleh menghidupkan hotspot pada peranti Samsung seperti mana iPhone dengan Macbook atau Pixel dengan Chromebook terpilih. Ciri ini dilihat diuji melalui Windows 11 25231. Selama ini hotspot pada peranti Samsung hanya boleh dikawal dengan peranti Samsung yang lain seperti Galaxy Tab S8 Ultra mengawal Galaxy S22 Ultra.

Ciri ini akan memudahkan pengguna jika tiada akses kepada WiFi dan memerlukan akses data sementara melalui telefon pintar. Buat masa ini hanya peranti Samsung yang menjalankan One UI 4.1.1 ke atas sahaja seperti Galaxy S22, Galaxy Fold4 boleh menggunakannya. Kemudian peranti Windows pula memerlukan akses WiFi dan Bluetooth dan menjalankan Windows 11 versi 22H2 Build 22621 ke atas dengan Phone Link v1.22082.111.0.

AMANZ



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo