NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita diculik ketika berseronok di kelab malam, dikurung 20 hari dalam sangkar anjing



SEORANG
pelancong wanita dilaporkan diculik ketika keluar ke kelab malam.

Dia dikatakan disimpan di dalam sebuah sangkar anjing yang berkunci selama 20 hari.

Penculik dikatakan telah menerkam mangsa ketika dia bersama seorang rakannya di lokasi lampu merah Angeles City, Pampanga, Filipina pada 17 September lalu.

Mereka dikatakan telah meminta wang tebusan sekitar £180,000 (RM 945,510) daripada keluarga wanita itu, yang berasal dari China.

Pihak Polis Batangas menyelamatkan wanita itu selepas dia melarikan diri daripada penculiknya yang menahannya di sebuah rumah di Barangay Alangilan, selama hampir tiga minggu pada 6 Oktober lalu.

Mangsa merupakan warga Shanghai yang namanya dirahsiakan ditemui pegawai di sebuah kedai serbaneka di kampung itu dan dibawa ke balai polis.

Teman lelaki wanita itu membuat laporan selepas menerima video daripada nombor tidak dikenali di telefonnya yang didakwa menunjukkan teman wanitanya dipukul kayu besbol.

Dia berkata, suspek kemudian menghubunginya meminta tebusan untuk kebebasannya.

Katanya lagi, dia mendakwa wanita itu telah dibawa pergi dengan menaiki Toyota Fortuner berwarna putih dengan dua warga China dan seorang warga Filipina mengemudi.

Pegawai penguatkuasa undang-undang menyerbu rumah tempat mangsa diculik namun suspek telah melarikan diri.

Unit anti-penculikan polis mengesahkan bahawa penculikan telah dilaporkan di bandar yang sama pada tarikh yang sama. -DAILY STAR






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo