NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Video pembuli jalanan di Putatan hanya lakonan untuk raih tontonan - Polis

Siasatan polis mendapati tujuan video tersebut dimuat naik adalah untuk kandungan media sosial dan sekadar lakonan untuk meraih jumlah tontonan yang tinggi. - Gambar/ Media sosial


KOTA KINABALU: Dua video mengenai insiden pembuli jalanan yang tular menerusi media sosial yang berlaku di Jalan Putatan, Penampang semalam didapati hanya lakonan semata-mata untuk meraih jumlah tontonan yang tinggi.
Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata video masing-masing berdurasi tiga minit 35 saat dan empat minit tiga saat itu menunjukkan perilaku pemandu sebuah kenderaan yang sedang membuli pemandu kenderaan lain dengan cara kekerasan.
"Bahagian Siasatan Jenayah IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Penampang telah memanggil pemilik akaun media sosial terbabit ke balai polis untuk mendapatkan keterangan lanjut.
"Hasil siasatan polis terhadap pemilik akaun media sosial terbabit, tujuan video tersebut dimuat naik adalah untuk kandungan media sosial dan sekadar lakonan untuk meraih jumlah tontonan yang tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mohd Haris menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam memuat naik dan berkongsi bahan di media sosial yang boleh menimbulkan kekeliruan serta kegusaran dalam kalangan masyarakat.
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo