NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno Padang Besar cadang lantik MB wanita


PADANG BESAR:
Umno Padang Besar mencadangkan supaya menteri besar Perlis dilantik daripada kalangan wanita.

Ketua Umno Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin, berkata ia merupakan antara perkara yang akan dicadangkan kepada Umno pusat sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), ketika parti mahu meletakkan 30% wanita sebagai calon pilihan raya dan ekonomi.

“Kalau hendak letak 30% (wanita) sebagai menteri besar di seluruh negara, ia agak mustahil dan Umno Padang Besar mencadangkan agar Perlis menjadi negeri pertama yang melantik ke jawatan itu daripada kalangan wanita.

“Ini bagi membuktikan bahawa kita (Umno) benar-benar ikhlas dalam memberi peluang kepada kaum wanita di negeri ini,” katanya juga Ahli Parlimen Padang Besar itu kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno bahagian itu, hari ini.

Zahidi yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menyeru Wanita Umno supaya bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU15.

Sementara itu, cadangan lain yang akan dikemukakan Umno Padang Besar kepada pimpinan pusat adalah untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi.

DUN Titi Tinggi merupakan kerusi tradisi MCA sejak 1974 yang kini disandang Teh Chai Aan.

“Saya telah maklumkan perkara ini kepada MCA bagi memberi laluan kepada Umno bertanding di lima DUN dalam Parlimen Padang Besar iaitu Titi Tinggi, Beseri, Chuping, Mata Ayer dan Santan.

“Biarlah MCA bertanding di tempat pengundi majoriti masyarakat Cina untuk PRU15 nanti seperti DUN Indera Kayangan kerana mereka mempunyai kekuatan di sana,” katanya.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo