NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun M cadang larang bawa telefon bimbit ke bilik mengundi


KUALA LUMPUR:
Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pengundi dilarang membawa masuk telefon bimbit ke bilik mengundi bagi menjaga kerahsiaan dan mengelak rasuah.

Beliau berkata pengundi boleh merakam gambar kertas undi yang ditanda calon tertentu sebagai bukti untuk kemudian mengambil rasuah.

Katanya, terdapat banyak kelemahan setiap kali pilihan raya berlangsung, namun, tiada sebarang tindakan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengekang masalah ini.

"Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti akan hulur wang.

"Jika tiada sebarang tindakan yang diambil, maka penipuan dan rasuah akan berlaku sewaktu pilihan raya nanti.

"Umpamanya telefon bimbit boleh menidakkan rahsia pengundi, di mana parti boleh menggunakan maklumat untuk melakukan sogokan," katanya dalam kenyataan di Twitter hari ini.

SPR menetapkan 19 November ini sebagai tarikh mengundi PRU15 manakala 5 November sebagai hari penamaan calon.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo