NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tular video Ac Mizal halau staff balik rumah, mahu semua balik on time


Tular video Ac Mizal halau staff balik rumah, mahu semua balik on time. Majikan mana tidak senang hati apabila melihat kakitangan sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya, tapi kadang-kala mereka ‘terlajak’ fokus sehingga bekerja melebihi masa.

Bagi pengacara popular Datuk AC Mizal, budaya kerja seperti itu tidak dipraktikkan dalam syarikat stesen televisyen miliknya SUKE TV kerana seolah-olah mengambil kira soal produktiviti pekerja.

SUKE TV menerusi aplikasi TikTok berkongsi satu video memaparkan pengacara berusia 51 tahun itu mengarahkan semua kakitangan supaya meninggalkan pejabat apabila berakhir waktu bekerja.

Malah, pelakon filem Abang Long Fadil itu turut berseloroh kononnya mahu mematikan sambungan elektrik sekiranya mereka memilih untuk ‘stay up’ bagi menyelesaikan tugasan di pejabat.

“Tutup wifi, aircond semua. Lepas pukul 6 semua pakai kipas. Balik balik balik! Kalau aku curah cat.. balik sekarang. Pukul 6.05 petang, satu lif je buka eh,” katanya.

@mysuketv Haa balik balik! šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£ DAC memang sempoi! šŸ˜†šŸ˜†šŸ˜† #SUKEsangat ♬ Funny – Gold-Tiger

Rata-rata kakitangan berada di ruang pejabat luas itu hanya mampu ketawa sambil merakam aksi majikan yang ‘menghalau’ mereka pulang dengan segera.

Meninjau di ruangan komen, netizen meluahkan rasa terhibur melihat ketegasan AC Mizal selain memuji sikap prihatinnya sebagai majikan yang bertimbang rasa terhadap kakitangan.

Serius pun nampak lawak

Jarang bos suruh balik ‘on time’

Syoknya dapat bos macam ni

Kalau bos aku, fikir bisnes je

Sempoi la Datuk! Ada kerja kosong tak?

AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini berjaya merealisasikan impiannya dengan membuka sebuah stesen televisyen sendiri yang berkonsepkan media dan hiburan di bawah jenama tersebut.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo