NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tok Pa, Ikmal Hisham boleh guna logo Pas di Kelantan kata Muhyiddin


KOTA BHARU:
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kebenaran kepada calon parti itu di Kelantan menggunakan logo Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), mengumumkan kebenaran itu ketika berucap pada majlis Himpunan Penyatuan Ummah Sambutan 32 tahun Pas mentadbir Kelantan di Stadium Sultan Mohamad IV di sini malam ini.

"Ada yang desak pilihan raya diadakan pada waktu banjir, jadi kita minta rakyat Kelantan keluar beramai-ramai untuk mengundi.

"Kita ada calon Bersatu, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Parlimen Jeli) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Parlimen Tanah Merah), kita bagi kalau nak pakai logo Pas, boleh pakai, asal menang" katanya.

Muhyiddin berkata demikian di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menghadiri himpunan berkenaan.

Turut hadir Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah; dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata semua calon PN di tiga negeri pimpinan Pas iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan akan menggunakan logo bulan dalam PRU15.

Katanya, perkara itu sudahpun mendapat perkenan daripada kepimpinan PN.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo