NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tersilap Sebut ‘Malaysia’, Finalis Badminton Beregu Lelaki Indonesia Tunjuk Wajah Kecewa


Dua finalis badminton beregu lelaki Indonesia berdepan detik janggal & kecewa selepas juruacara tersilap sebut nama negara Malaysia.

Dua finalis badminton beregu lelaki Indonesia berdepan detik janggal apabila juruacara tersilap menyebut nama negara mereka semasa penyampaian pingat di podium Kejohanan Terbuka Denmark 2022 baru-baru ini, lapor Purwokerto.

Difahamkan, juruacara melakukan kesalahan dua kali dengan menyebut nama-nama finalis yang berasal dari Indonesia itu dengan memanggil nama Malaysia sehingga membuatkan mereka teragak-agak untuk menaiki ke podium.

Kesalahan pertama semasa juruacara itu memanggil Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo. Mereka berdua sempat berpatah balik sebelum naik ke podium, namun akhirnya mereka naik juga dengan ekspresi keliru.

Kesalahan itu tidak berhenti di situ, di mana untuk kali kedua juruacara turut menyebut nama pemenang beregu lelaki, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto dari Malaysia.

Kedua-dua finalis lelaki itu akur kerana tidak dapat berbuat apa-apa selain naik ke podium dengan ekspresi yang tidak percaya – sepatutnya Indonesia tetapi mengapa Malaysia yang disebut?

Sedari akan kesilapan yang dilakukan, juruacara itu sempat memohon maaf dalam perlawanan akhir melalui pembesar suara dan turut membuat kenyataan maaf di laman Instagram miliknya.

“Kami benar-benar memohon maaf atas kesilapan pengumuman. Fajar Alfia/Muhammad Ardianto dan Marcus Giedeon/Kevin Sukamuljo tentunya dari INDONESIA!

“Ia adalah kesilapan manusia, dan kami harap anda boleh menerima permohonan maaf kami,” ujarnya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo