NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sosok pontianak tertangkap di CCTV merangkak dalam asrama (Bersama Video)


KEJADIAN penampakan satu lembaga putih di sebuah sekolah berasrama penuh yang dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) tular di media sosial.

Menerusi video itu, kelihatan lembaga menyerupai seorang wanita berambut panjang dan berpakaian putih merangkak seakan-akan mencari sesuatu di dalam sebuah bilik asrama perempuan.

Menerusi video itu, kelihatan lembaga menyerupai seorang wanita berambut panjang dan berpakaian putih merangkak seakan-akan mencari sesuatu di dalam sebuah bilik asrama perempuan.

Mengiku laporan kejadian menyeramkan itu berlaku semasa para pelajar pulang bercuti ke rumah masing-masing.

Kejadian penampakan lembaga menyerupai kuntilanak itu dipercayai berlaku pada malam Jumaat lepas di sekolah Pondok Pesantren Nurul Ulum, Sampang, Indonesia.

“Viral, satu kelibat dirakam kamera CCTV di sebuah sekolah di daerah Sampang,” tulis kapsyen dalam video asal yang dimuat naik oleh akaun Instagram @agus_sm158.

Turut dinyatakan bahawa sekolah itu kosong kerana semua pelajar sudah pulang, manakala hanya pelajar senior yang ditugaskan menjaga dapur.

Tiada maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut sama ada ia merupakan kejadian benar atau palsu. — Agensi



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo