Tindakan seorang individu yang membawa sekeping gambar atau ‘photocard‘ idol K-Pop iaitu Suga yang merupakan ahli kumpulan lelaki terkenal Korea Selatan, BTS, di hadapan Kaabah menerima kecaman netizen di media sosial baru-baru ini.
Undang kemarahan orang ramai
Gambar tangkap layar dari akaun TikTok yang dimuat naik di Twitter itu mendapat pelbagai respon warganet yang rata-rata tidak gemar dengan tindakan peminat K-Pop itu membawa gambar idol kegemarannya ke Tanah Suci.
Ini kerana ramai yang menyifatkan bahawa tindakan itu agak keterlaluan dan melampaui batas. Malah ada juga yang mengatakan individu berkenaan tidak menghormati kesucian Kaabah.
“Kau nak beribadah ke kau nak bersuka ria pergi Kaabah tu? Aku sendiri naik keliru.”
“Memalukan K-Poppers je lah. Sebab ini lah orang selalu marah kalau hal-hal K-Pop.”
Walau bagaimanapun, hasil tinjauan OhBulan! untuk melihat sendiri video tersebut mendapati ianya belum lagi dipadam oleh pemilik akaun TikTok berkenaan walaupun menerima ribuan kecaman yang teruk di bahagian komen. OB
Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment