NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tasti berkembang ke seluruh Malaysia


PAPAR: Taska Tunas Insan (Tasti) Papar antara pusat asuhan untuk kanak-kanak usia tiga bulan hingga berumur empat tahun yang pertama di Sabah.

Tasti menggunakan modul Bahasa Cinta dan Asmaul-husna. Penubuhan Tasti merupakan usul dikemukakan Dewan Muslimat PAS Perak pada Muktamar Tahunan DMPM 2008 dan dilaksanakan pada 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian, Kedah, Dato’ Seri Siti Ashah Ghazali mengucap tahniah kepada pengelola Tasti berkenaan kerana berjaya menjadi perintis di kawasan terbabit.

Menurutnya Tasti yang hendak ditubuh mesti mendapat kebenaran (lesen) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan premisnya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Tahniah kepada pengusaha Tasti Ummu Aiman, Papar kerana berjaya menubuhkan Tasti di sini. Saya memamg teruja dengan perkembangan Tasti dan pernah datang sebelum ini,” ujarnya ketika melawat Tasti terbabit hari ini.

Ashah yang juga Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dewan Muslimat PAS Malaysia berkata, Tasti pertama Kedah ditubuhkan di Jitra, manakala Sibu menjadi perintis di Sarawak.

Sementara, pengerusi Tasti Ummu Aiman, Azizah Salleh berkata, Tasti berkenaan mempunyai 20 kanak-kanak yang dikendalikan beberapa guru dan pembantu.

“Sebelum ini di premis asal sebelum berpindah ke Taman Papar Jaya, Tasti Ummu Aiman mempunyai 40 pelajar tetapi berikutan pandemik Covid-19 bilangan agak berkurangan,” katanya.

Sempena lawatan itu Ashah menyampaikan sumbangan kepada Tasti berkenaan. – HARAKAHDAILY 23/10/2022


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo