NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syor graduan ijazah kelas pertama tak perlu bayar balik pinjaman PTPTN

Ketua Pemuda BN, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. - NSTP/ARKIB

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) mencadangkan graduan yang mendapat ijazah kelas pertama tidak perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya mengesyorkan diskaun 20 peratus diberikan kepada mereka yang mahu menyelesaikan sepenuhnya pinjaman yang dibuat dengan PTPTN.

"Pagi ini, lama saya berbincang panjang dengan Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ketua Wanita BN, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengenai inisiatif terbaharu PTPTN di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. 

"Kami juga membincangkan cadangan banyak pihak untuk meluaskan kadar diskaun pembayaran balik pinjaman bagi graduan yang berjaya mendapat ijazah kelas kedua atas. Insya-Allah akan dipertimbangkan.

"Jika dapat dilakukan, boleh dimasukkan dalam manifesto BN juga. Cadangan inisiatif lain, diskaun 15 peratus kepada mereka yang membuat pembayaran balik pinjaman melalui potongan gaji atau debit terus daripada akaun bank mengikut jadual," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, menyediakan pinjaman sehingga RM3,000 bagi pembelian peranti, komputer dan komputer riba untuk pengajian.

"Ada yang bertanya kenapa BN tidak ikut pendekatan Pakatan Harapan (PH) dan PAS yang pernah menjanjikan pemansuhan bayaran balik PTPTN atau tunggu sehingga gaji melebihi RM4,000 baru mula bayar?

"Saya jawab, BN lebih bertanggungjawab untuk tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi akhirnya mendakwa 'manifesto bukan kita suci'. Bagi BN, tiada janji, lihat bukti," katanya.


Sumber I BH Online


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo