NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SOJC: Malaysia, Jepun terikat 2-2

Pemain Malaysia Andywalfian Jefrynus diasak beberapa pemain Jepun pada Perlawanan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, semalam. --fotoBERNAMA

JOHOR BAHRU: Selepas mengharungi lima perlawanan, akhirnya skuad hoki bawah 21 tahun negara meraih mata pertama apabila seri 2-2 dengan Jepun pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya, di sini malam tadi.
Separuh masa perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol sebelum Jepun bangkit pada suku ketiga minit ke-33 dengan gol pertama oleh Kobayashi Masato yang menyempurnakan pukulan sudut penalti.
Bagaimanapun, keriangan skuad kendalian Watanabe Hiroki itu tidak bertahan lama apabila penyerang negara Muhammad Amirul Haniff Mamat menyamakan kedudukan lima minit kemudian, menerusi pukulan sudut penalti.
Pasukan negara terus cemerlang apabila Shahmie Irfan Suhaimi menambah jaringan pada minit ke-42 dengan pukulan sudut penalti.
Bagaimanapun, anak buah Muhammad Amin Rahim gagal mengekalkan penguasaan selepas pemain Jepun Saeki Ikumi memanfaatkan pukulan sudut penalti empat minit kemudian, untuk mendapatkan satu gol, sekali gus menjadikan keputusan seri 2-2 hingga tamat perlawanan.
Malaysia kini berada di tangga keenam selepas tewas dalam perlawanan menentang Great Britain, Afrika Selatan, Australia dan India.
Pada aksi petang semalam, India dan Great Britain berkongsi satu mata apabila terikat 5-5, manakala Afrika Selatan dijadualkan bertemu Australia pada 8.35 malam ini.
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo