NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya seorang sahaja muka lama di Selangor, kata Noh Omar


Barisan Nasional (BN) Selangor akan menampilkan 21 calon muka baharu di 21 kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya Tan Sri Noh Omar berkata ini bermakna daripada 22 kawasan Parlimen di Selangor, BN cuma mengekalkan satu kerusi untuk ditandingi muka lama.

“Di Selangor, kalau nak kira 21 orang muka baharu yang akan bertanding sebab saya seorang sahaja yang muka lama,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Program Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa (JMKMSiswa) di Bangi, hari ini.

Bagaimanapun Noh yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor enggan memberi maklumat lanjut berkenaan senarai calon berkenaan.

“Saya tidak mahu beritahu senarai nama calon berkenaan, mari tunggu pengumuman daripada ‘top 5’,” katanya.

'Top 5' merujuk Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Noh berkata senarai calon berkenaan juga sudah dihantar kepada pucuk pimpinan tertinggi BN.

- Bernama







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo