NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rogol berkumpulan, lapan remaja berdepan 18 pertuduhan


KOTA BHARU:
Lapan remaja yang didakwa terlibat dalam kes rogol berkumpulan melibatkan mangsa seorang gadis berusia 14 tahun pada 16 Oktober lalu bakal berdepan dengan 18 pertuduhan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua suspek yang berusia 14 hingga 18 tahun itu akan dituduh bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan pertuduhan secara berasingan.

"Tujuh daripada mereka masih kanak-kanak semasa kejadian dan akan dituduh di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Selasa ini.

"Seorang lagi yang berusia 18 tahun akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada hari yang sama," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sinar Harian pada 18 Oktober lalu melaporkan lapan remaja lelaki ditahan reman tujuh hari di Mahkamah Majistret Bachok, Kelantan bagi membantu siasatan kes rogol berkumpulan ke atas seorang gadis bawah umur.

Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo