NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: 'Kami orang Terengganu sedia mengundi walau musim tengkujuh' - Pengundi

Nurul Nagihah (kiri), Aminudin (tengah) dan Nan Ismail (kanan) ketika ditemubual Astro AWANI mengenai kesediaan mereka untuk mengundi pada PRU15 di Kuala Terengganu - Foto/AstroAWANI/HafiziRosli

KUALA TERENGGANU : Kelazimannya, negeri-negeri di Pantai Timur akan terkesan dengan musim tengkujuh pada penghujung tahun yang berisiko menyebabkan taburan hujang tinggi sehingga mengakibatkan banjir.
Sungguhpun tarikh pengundian jatuh pada ketika musim tengkujuh diramal berlaku, namun pengundi di Terengganu bersedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka walau apa jua situasi yang bakal berlaku kelak.
Bagi pesara kerajaan, Nan Ismail, dia memaklumkan situasi hujan lebat dan banjir tidak menghalang dirinya untuk keluar memilih wakil rakyat bagi kawasannya.
“Nak cakap musim tengkujuh ni banjir, tahun lepas bulan November tiada banjir pun, dah dua tahun. Banjir (berlaku) pada bulan lain. Jadi, kita tidak boleh jangka.
“Jadi, kami orang Terengganu akan tetap mengundi walau dalam musim tengkujuh ini dan sekiranya banjir pastinya SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) akan ambil tindakan lanjut,” jelasnya ketika ditemubual Astro AWANI di sini.
Nan juga berkata, sekiranya berlaku kesulitan dan banjir, dia sendiri akan bergerak aktif untuk memberi pertolongan kepada mereka yang terjejas dengan menyediakan kemudahan kepada mangsa untuk mengundi.
Bagi seorang pelajar universiti tempatan, Nurul Nagihah Mat Zahid, 23, pengalaman pertama kali mengundi pastinya membuatkan dirinya terasa teruja dan tidak sabar untuk terlibat sama dalam proses demokrasi ini.
“Ini kali pertama saya mengundi selepas pendaftaran secara automatik dilaksanakan, saya teruja dan bersedia untuk mengundi.
“Sekiranya ada rintangan seperti faktor cuaca, saya akan pastikan pergi ke pusat mengundi dengan awal dengan membawa kelengkapan payung dan sebagainya,” jelasnya.
Bagi sebilangan besar masyarakat yang ditemui Astro AWANI di Kuala Terengganu, mereka mengharapkan agar wakil rakyat mereka dapat menyampaikan suara dan permasalahan ke peringkat tertinggi.
Menurut Aminudin C Mohd, seorang pekerja swasta yang bakal mengundi di Terengganu, isu kos sara hidup dan ekonomi menjadi aspirasi utama mereka kepada kerajaan baharu kelak.
“Harapan saya semoga pemimpin akan bertanggungjawab dan menjaga kebajikan rakyat.
“Ekonomi dan kos sara hidup perlu diselesaikan dan kami ingin hidup secara harmoni,” katanya.
Secara keseluruhannya, pengundi ditemui berkata mereka akan tetap mengundi dan akan menggunakan saluran ini untuk memilih pemimpin yang layak menjadi wakil suara mereka.

Sumber I Astro Awani 


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo