NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Inovasi buku Aster, tingkat prestasi gred Matematik pelajar dalam tempoh 30 hari

Aster Edu berjaya merangkul Anugerah Inovasi dan Digitalisasi Penerbitan Buku Akademik Terbaik 2022 anjuran Malaysia Education & TVET Award 2022.

KUALA LUMPUR: Inisiatif penerbitan buku latihan matematik dan matematik tambahan merangkumi jawapan dalam bentuk video, telah membantu seramai 100,000 pelajar meningkatkan prestasi gred mereka hanya dalam tempoh 30 hari.
Inovasi tersebut sekali gus berjaya membuatkan syarikat penerbitannya, Aster Edu merangkul Anugerah Inovasi dan Digitalisasi Penerbitan Buku Akademik Terbaik 2022 anjuran Malaysia Education & TVET Award 2022.
Pengarah Urusan Aster Edu, Ra’fat Wajdy Muhammad berkata, rata-rata pelajar yang menggunakan buku terbitan Aster menunjukkan perkembangan positif dalam keputusan peperiksaan baru-baru ini.
“Sejak kebelakangan ini, ramai ibu bapa menyalahkan Kementerian Pendidikan Malaysia kerana silibus matematik semakin sukar, namun jika kita lihat dari sudut positif… silibus yang disediakan adalah untuk meningkatkan tahap intelektual para pelajar agar standing dengan negara maju.
“Jadi dengan penerbitan buku Master Your Algebra ini, dapat menyelesaikan masalah silibus yang susah, malah mampu memudahkan lagi guru-guru di seluruh Malaysia untuk mengajar subjek matematik ini,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada Khamis.
Buku latihan matematik Master Your Algebra hasil Cikgu Shahrin Zikri merupakan terbitan pertama dan yang terlaris dalam semua koleksi buku Aster.


Menurut Ra’fat, penerbitan buku latihan matematik yang dilengkapi jawapan dalam bentuk video pada setiap soalan merupakan tunjang utama untuk membantu para pelajar membuat latih tubi secara kendiri tanpa perlu mencari jawapan melalui buku rujukan lain.
Aster Edu menyasarkan membantu seramai satu juta pelajar lemah matematik dan matematik tambahan menerusi penerbitan buku ini pada tahun hadapan.


“Resepi utama peningkatan gred pengguna buku Aster adalah menyiapkan lebih 3,000 soalan latih tubi dalam masa yang singkat, malah usaha Aster menyediakan komuniti khas pemilik buku bagi memastikan murid-murid mendapat penerangan dan kefahaman yang mampan.
“Kami turut menyasarkan untuk membantu seramai satu juta pelajar yang lemah matematik dan matematik tambahan menerusi penerbitan buku ini pada tahun hadapan,” ujarnya.
Aster turut menyediakan komuniti khas pemilik buku bagi memastikan pengguna mendapat penerangan dan kefahaman yang mampan.


Aster Edu kini menawarkan promosi bermula 21 hingga 31 Oktober iaitu potongan 50 peratus serta perkhidmatan penghantaran percuma dan ujian personaliti psikometrik untuk pemilik buku.
Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web www.bukumathviral.com atau hubungi pengedar sah Aster Edu.


Sumber I Astro Awani 

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo