NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Program Muda dicemari provokasi lagi


SHAH ALAM
- Ceramah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sekali lagi dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki berbaju hitam dalam kejadian di Muar pada Sabtu.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kejadian itu berlaku ketika Majlis Malam Mesra Muo yang berlangsung di Dewan Yong Sheng.

Ceramah Muda sekali lagi dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki berbaju hitam dalam kejadian di Muar pada Sabtu.

Ceramah Muda sekali lagi dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki berbaju hitam dalam kejadian di Muar pada Sabtu.

"Saya adakan majlis makan malam sahaja. Kenapa perlu ada provokasi lagi? Bukan saya buat apa-apa pun.

"Bila ahli Muda tanya datang dari mana, mereka mula mengganas. Baling botol, baling mercun, rosakkan kereta tetamu.

"Terima kasih banyak-banyak abang Polis Diraja Malaysia (PDRM) tolong," ciapnya di laman Twitter.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo