NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis panggil Tommy Thomas, Jeyakumar rakam percakapan

PDRM akan memanggil bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas (kanan) dan Pengerusi PSM Dr Michael Jeyakumar Devaraj (kiri) yang didakwa menyentuh isu berbaur perkauman dalam sebuah forum, bulan lepas. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar Devaraj yang didakwa menyentuh isu berbaur perkauman dalam sebuah forum, bulan lepas.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata mereka akan dipanggil untuk dirakam percakapan dalam masa terdekat.
"Siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Sebelum ini, dilaporkan polis menerima aduan mengenai kenyataan Tommy dan Dr Jeyakumar dalam ucapan mereka di forum bertajuk Dark Forces Towards GE15 yang diadakan pada 17 Sept lepas anjuran Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini.
Kedua-duanya merupakan antara ahli panel forum itu.

-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo