KUALA NERUS: Perlumbaan Battle of The King (BOTK) 2022 yang berlangsung di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak, dihentikan serta-merta selepas seorang pesertanya maut ketika perlumbaan.
Kejadian itu dimaklumkan oleh penganjur BOTK 2022, MUSC Motorsport menerusi laman sosial Facebook rasminya.
Menurut penganjur, siri perlumbaan yang sepatutnya berakhir esok ditamatkan serta-merta hari ini dan akan ditangguhkan ke suatu tarikh lain, bagi menghormati mangsa dan keluarga.
“MUSC mengucapkan salam takziah kepada Apeh Jamal dan keluarga.
“Sebagai penghormatan, pihak pengurusan, semua rakan program dan pasukan drag, mengambil keputusan untuk menangguhkan acara BOTK 2022 ini ke suatu tarikh lain yg akan ditentukan kelak,” kata kenyataan itu.
Menurut sumber seorang pelumba drag Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40, maut ketika menyertai perlumbaan drag BOTK 2022 pada 11.35 pagi tadi.
Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta jenis Mitsubishi Lancer Evo yang dipandunya, hilang kawalan lalu terbabas melepasi trek perlumbaan sebelum merempuh sebatang pokok.
Sementara itu Ketua Polis Kuala Terengganu Abdul Rahim Md Din mengesahkan kejadian.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment