NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perak bergaya pertahan kejuaraan Piala Razak

Pasukan Hoki Perak muncul juara Piala Tun Abdul Razak selepas menewaskan Pahang 5-1 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam ini. - Bernama

KUALA LUMPUR: Lima berbalas satu. Itu angka kemenangan berjaya dilakar skuad hoki lelaki Perak ke atas Pahang dalam perlawanan akhir Piala Tun Abdul Razak 2022 yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Ia sekali gus menyaksikan Perak berjaya mempertahankan kejuaraan mereka sejak 2020 dalam kejohanan yang kini sudah memasuki edisi ke-60 bagi kategori lelaki.

Skuad bimbingan S Jagatheesan bermula garang apabila berjaya membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi Muhamad Hafizal Halmi.

Jaringan awal itu jelas menjejaskan rentak permainan Pahang sehingga menyebabkan gawang mereka sekali lagi bolos pada minit ke-29 menerusi jaringan pukulan sudut penalti daripada Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan. 

Bagi kategori wanita, Selangor mengesahkan kejuaraan mereka apabila berjaya menundukkan Melaka 3-2 manakala, tempat ketiga menjadi milik Pahang yang mencatat kemenangan besar ke atas Pulau Pinang, 8-2.


Sumber I BH Online




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo