NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PENAT JADI ANAK MUDA


Penat jadi anak muda.


Nak belajar, kena bayar mahal. Nak kerja, dibayar murah.


Orang selalu ulang, ‘dunia ini milik anak muda’ , ‘anak muda harapan negara’ dan lain-lain harapan yang menggunung tinggi. Tuntutannya banyak tetapi tawarannya sedikit.


Kepada kalian yang berusia 15 hingga 30 tahun, kalian layak untuk rasa terbeban.


Sambung belajar, terbeban hutang. Cari kerja, susah nak dapat. Duduk dengan ibu bapa, dikata menumpang. Duduk sendiri,hujung bulan makan maggi. Belum lagi cerita yang bernikah dan mempunyai tanggungan, siang malam di atas jalan mencari rezeki.


Nak masuk PRU ini, macam-macam tawaran dan sogokan diberi. Orang politik tahu besarnya peratus undi golongan muda.


Manifesto seperti hapus PTPTN, bantuan kereta pertama, rumah pertama, kerja pertama, isteri pertama, semuanya dilaungkan.


Tapi anak muda perlu bijak untuk menilai apa sebenarnya yang anak muda perlu?


Melihat kepada negara-negara yang berjaya dan sejarah-sejarah dunia, keperluan asas anak muda adalah jaminan untuk pendidikan dan pekerjaan.


Siapa yang dapat dua perkara ini, insya-Allah bahagia sehingga tua. 


We have the power right now to choose and vote. 


Kepada anak muda, undilah Perikatan Nasional demi pendidikan dan pekerjaan yang lebih baik.


Kita tidak menjanjikan bulan bintang, tetapi kita menjanjikan tawaran yang memberi penyelesaian dan manfaat untuk jangka masa panjang.


Mohd Izzuddin Bin Aziz

Presiden GAMIS


#BersihdanStabil

#MalaysiaSejahtera


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo